Sunday 16 February 2014

~ Menguji Kesabaran

Salam....lama betul tak update blog aku ni....last update sbelum balik kampung ujung bulan lepas. Bukan takde masa tapi takde mood nak buka blog. 

Balik kampung memang best...tapi yang tak best bila cuti asben kena cut. Time duk hepi2 kat kampung boleh pulak opis die call suh masuk keje awal...kalau tak nanti akan kena tindakan. Macam ni la keje nga orang...dah macam bangla. Nak cuti lama sikit pun tak boleh....padahal bukan sesaja, adik die kawen. Lagi pun dah lama die tak cuti panjang, bayangkan tahun lepas die kena keje time raya puasa & raya haji. Susah bila ada makhluk yg gila kuasa ni. 

So, kami terpaksa balik Banting awal....rosak semua plan. Sabar jela.....(dalam hati Tuhan saje yang tau). Ikutkan hati asben nak je die brenti keje.....balik kampung. Tapi keadaan skrang memang tak boleh....kena kumpul modal dulu. Sesungguhnya Allah swt sedang menguji hambanya.

Then, balik Banting tak sampai dlm seminggu, kami diuji lagi.....air paip tiba2 takde tanpa apa2 notis. Katanya sebab terlebih ubat. Dua tiga hari takde air ok lagi...sebab kami bertiga jer...air tangki lambat habis. Masuk hari ke-4 baru la sibuk mengangkut air macam jiran2 lain. Aduh penat ya amat....ni 1st time merasa takde air lebih dari sehari. Semua aktiviti harian terbantut.....terutama bab masak. Hari ni masuk hari ke-8 takde air. Lori Syabas hantar air sekali je sehari...tu pun memalam buta baru ada. Kalau tak cukup air kena pi amik sndiri kat Syabas....nasib baik la umah kami dekat nga Syabas. Suami la yg penat....habis sakit seluruh badan. Dengan cuaca panas terik ni memang terseksa la takde air.

Teman abah amik air kt Syabas
Asben sedang isi air

Singgah isi perut kt SR

Semenjak takde air ni memang aku jarang masak, makan je kat luar. Nak masak pun malas, yela time masak banyak nk guna air...nak basuh bahan2, pastu nak basuh perkakas2 lagi. Anak sorang rasanya ok lagi time2 macam ni. Nasib baik la umah adik bradik dekat....mendobi la kat umah dorang hihihi....

Mintak2 la masalah air ni cepat selesai.

2 comments:

  1. ada tgok tv pasal masalh air ni.. syukur tak berlaku kat sini. seksa tak ada air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...sbelum ni duk tgk mslah ore xdok air dlm tv jah, ni rasa sdiri br tau huhuhu.....

      Delete