Friday 3 January 2014

~ Dapurku : Puding Triffle



Lama dah tak buat Trifle ni...rasanya last buat masa duk menyewa nga kawan kat rawang dulu. Sedap makan Trifle ni sejuk-sejuk. Semalam dah buat sebekas bawak ke rumah adik ipar....so hari ni ada lebih kek, buat lagi satu untuk kami kat rumah hehe...lagipun asben suka makan. 


Nie cara saya buat ringkas je....blajar nga kawan dulu2 hehe....maaf la saya punyer presentation tak secantik orang lain...kualiti gambar pun teruk, maklumla snap guna hp cap ayam...haha ada kesah kan...asal resepinya menjadi....so kawan2 jom la try, senang jer...

 Untuk lapisan pertama:

Ni terbeli kek lapis sebab kek gulung habis

 ~ Swiss roll cake - tak kisah yang macam mana & perisa apa, ikut selera. 
Kalau rajin buat la kek sendiri.
~ Air atau jus dari buahan campuran dalam tin yang telah disejatkan, 
buahan simpan untuk kegunaan lapisan atas
Susun potongan kek dalam loyang / bekas / apa2 jer yang sesuai. Kemudian curahkan air / jus buahan campuran ke seluruh kek.

 ~~~~~~~~~~~ ^.^ ~~~~~~~~~~

Untuk lapisan kedua (puding kastad):
 
  1 tin susu cair
1/2 tin air
4-5 sudu makan tpg kastad 
Sedikit vanilla
Gula & garam secukup rasa

Masak kesemua bahan dengan api sederhana dan sentiasa dikacau sampai pekat. Dah sebati & pekat tutupla api yer.
Kemudian tuang ke atas lapisan kek tadi dan ratakan.
Biarkan sedikit sejuk dan keras.

~~~~~~~~~~~ ^.^ ~~~~~~~~~~

Untuk lapisan atas (Jelly):


 Sepeket jelly - apa2 brand atau perisa, saya guna brand Nona (Strawberry) 
1 tin buahan campuran (fruit cocktail) - sejatkan ambil buahan sahaja

Masak jeli sampai sebati dan tuangkan ke atas lapisan kastad tadi.
Kemudian taburkan buahan campuran. Biarkan jelly sejuk dan beku, simpan dalam peti ais.



Dah sejuk boleh la makan....yummmyyy...!!!

No comments:

Post a Comment