Monday 24 February 2014

~ Dari Dapurku : Tomyam Putih

Sekarang ni kita dah jarang2 sangat masak tomyam kaler merah. Suka lagi tomyam kuah putih...sedapppp.
Lagi-lagi ada anak kecik....seswai la masak tomyam putih, anak pun boleh makan. Tak perlu tambah pes bagai...guna bahan2 semulajadi huheeeeeeeeee....


Campur semua lauk lagi best....ayam, daging, udang & sotong. Kalau buat ayam sahaja pun boleh, ikut citarasa. Asben kalau dapat makan ni habis licin kuah die hirup.


Tomyam Campur Kuah Putih

Campak jer semua bahan nie dalam periuk berisi air:
3-4 batang serai ~ diketuk
4-5 biji bawang putih ~ diketuk
Sebiji bawang besar oren tu ~ potong / belah 4
Sedikit lengkuas ~ diketuk

Dah mendidih masukkan lauk pauk....ikut turutan yer..mana yang lambat masak masukkan dulu, yang cepat masak macam udang & sotong tu masuk last2.

Then masukkan sebiji tomato (belah 4)....daun limau purut, perasa, cili besar / padi & sayur-sayuran spt bunga kubis, carrot dll. Kalau nak rasa lagi masam masukkan ckit air perahan limau nipis.



2 comments:

  1. Bleh cube ni Eila, simple & sedap...kecur dh liur tgok tomyam pagi2. perut tengah mintak diisi...;)

    ReplyDelete
  2. try yah...sedapp...yg penting jgn buh halia tapi buh lengkuas....

    ReplyDelete