Tuesday 21 January 2014

~ Diari Hafni : Dah dapat kaki

Alhamdulillah....genap umur puteriku 1 tahun 4 bulan smalam (20.1.2014). Suka sangat bila die dah dapat jalan dengan betul, asyik ke hulu ke hilir jer. Sempena dah dapat kaki ni....ibu belikan kasut baru yang ada bunyi "chikkk....chikkk" gitu haha....

 
Tapi penat skit la bila die dah dapat berjalan ni, asyik nak kuar jer.....berjalan terhuyung hayang masuk bilik, capai tudung ibu....suh ibu pakai, tandanya nak ajak kuar la tu. Kalau buat tak endah.... memberontak...nangis2....guling2. Aishhhhh....dah pandai tunjuk prasaan yerrr.....bukan nak marah, tapi tersenyum tengok gelagat die.

Ibu plak dilanda demam, selsema....dah 2,3 hari...makan panadol jer malas nak g klinik. Hari ni demam dah ok...datang plak batuk2. Hafni pun sama...badan macam panas jer. 

Hari ni puteriku yang sorang ni rajin sangat2....die masuk bilik senyap2, habis disepah-sepahkan kain baju die nga baju ibu. Mana yang die dapat capai semua ditarik ke bawah. Aduuuhhhhh nak pitam ibu tengok bilik dah macam kedai bundle. Sabor jela....anak2 tengah nak membesar memang gitu la.


Semoga anak ibu nga abah ni membesar dengan sihat walafiat :-)

2 comments:

  1. luth dah angkat pungung.. nak merangkak tapi tak berani nak bertapak. tak dapat bergerak.. mengesot ke belakang dah laju. 360 darjah sekelip mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak lama lagi tu boleh mrangkak la die...pasni brsiap sedia la mengejar Luth hehehe.....habis barang die kemaskan ;-)

      Delete