Monday 23 December 2013

~ Masalah Wanita Lepas Bersalin

Setiap wanita yang pernah melahirkan zuriat pasti akan mengalami perubahan bentuk badan, tak banyak sikit, tak sikit banyak hehehe.....berat badan naik, perut buncit, menggeleber, selulit, rambut gugur, kembang situ sini dan macam2 lagi bergantung pada individu. Keadaan ni normal....kena rajin betulkan balik, macam mana?

Macam saya bersalin czer ada sedikit masalah perut buncit & stretch marks. Alhamdulillah berat badan masih dalam lingkungan sebelum kawen dulu. Terjadinya stretch marks atau rekahan kulit ni disebabkan oleh penambahan berat badan yang cepat dan badan berkembang lebih pantas dari kemampuan kulit untuk menampungnya. Lain2 sebab yang saya dapat dari en.gugel iaitu peningkatan hormon glucocorticoids (ape ni??) semasa preggy melambatkan pembentukan kalogen & fiber dalam lapisan kulit. 

 
So, elakkan makan makanan yang berkanji, manis, lemak & masin sebagai langkah awal. Makanlah makanan yang kaya dengan vitamin C dan minum banyak air masak. Ataupun sapu losyen atau apa2 minyak seperti Bio Oil kat kulit terutaman bahagian perut dan tempat2 lain bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Itu untuk pencegahan awal la...tapi bagi yang dah lama ada masalah rekahan kulit ni, masalah ni akan beransur2 hilang but amik masa yang lama sikit la....

Bagi yang mengalami masalah perut buncit plak......macam2 produk nak kempiskan perut skarang kan. Tapi kita boleh cuba sendiri jika rajin hehe....rajin ke?...



Antara tip2 yg dapat saya kongsikan dengan bantuan en.gugel....
  • Susukan anak dengan susu badan lepas bersalin sekurang2nya 6 bulan. Boleh cepatkan proses pengecutan rahim dan membakar kalori. Alhamdulillah sampai sekarang saya masik full bf anak yang dah berumur setahun 3 bulan.
  • Berbengkung lepas bersalin. Yang ni saya tak amalkan sebab bersalin czer.
  • Bertungku / bertangkas / bersauna - dapat memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Belum berkesempatan lagi....maklumla pas bersalin dulu tak buat sebab ai czer......banyak pulak batasan akibat czer ni huhuhu....
  • Kawal pemakanan - yang ni semua dah tau kan....kurangkan makanan berminyak dan berlemak, lebihkan protein bagi membina semula otot. Lebihkan juga makanan yang boleh membakar lemak spt oat, kekacang, bayam, salmon dll. Yang ni susah skit nak ikut hahaha....
  • Senaman - macam2 bentuk senaman boleh dilakukan. Rasanya tiap2 hari bersenam dengan kerja rumah & jaga anak ni.
  • Betulkan postur badan - kebanyakan ibu2 kurang ambil berat tentang postur badan mereka iaitu cara berjalan, duduk dan mengangkat barang. Jangan duduk atau berjalan secara membongkok, tegakkan badan supaya perut tegang. Time ingat je....tapi banyak yang tak ingat.....
  • Elakkan masalah penghadaman - lebihan toksin dalam badan yang banyak terkumpul di perut akan menyebabkan masalah penghadaman...akibatnya lebihan makanan dan lemak terkumpul kat perut.
Kalau ikutkan banyak lagi kot.....sama2 la kita amalkan mana yang mampu untuk kebaikan dan kesihatan bersama. :-)
 


No comments:

Post a Comment