Thursday 5 December 2013

~ Dapurku : Kuih Lapis

Ni projek buat kuih semalam.....tengah malam baru buat, untuk makan pagi tadi. Kali ni saje tukar resepi lain....saje nak try resepi member group masak2 dalam facebook. Tengok die punyer menarik plak. Sbelum ni biasa buat ikut resepi my mom.
 
Alhamdulillah menjadi.....adunan resepi ni lebih banyak dari yg biasa sy buat....asben siap perli "mana amik colour banyak2 tu"....haha 


Kuih Lapis

2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum
2 cmb tepung ubi
4 1/2 cawan santan
1 cawan gula
1 cmt esen ros - tak guna sebab takde
Pewarna
Secubit garam - yg ni sy tambah sdiri 

Satukan semua bahan, kacau sebati & tapis. Nak blend pun boleh.
Bahagikan kepada beberapa bahagian & warnakan ikut citarasa.
Kukus adunan selapis demi selapis selama 5 minit. 
Lapisan terakhir kukus selama 15 minit.


 


Hasilnya memang puas hati, tapi rasa kurang lemak & sedikit pejal berbanding yang slalu aku wat. Selamat mencuba :-)

Yang ni khas untuk jiran2 ku hehehe....


No comments:

Post a Comment