Friday, 27 June 2014

~ Cikgu Masak-masak

Kerjaya part time aku ialah Cikgu Masak-masak kepada jiran-jiran ku.....tak bergaji tau hohoho..... Jiran-jiran aku ni pantang bagi makanan yang dorang rasa sedap & tak pernah masak mesti mintak resepi. Then kalau dorang rasa tak yakin nak masak, mesti mintak aku tunjuk ajar cara-cara masak....tunjuk ajarku sifu..!!!


Aku ok jer bila free & anak tak meragam. Nak mengajar orang ni kena time mood rajin baru menjadi. Sebelum ni penah ajar dorang wat kek coklat....kek coklat jer pun. Bukan dorang tak penah buat, tapi katanya aku punyer gebu & sedap....kembang idung tau. Dek pujian dorang tu aku bersemangat nak ajar dorang. Mengajar pulak kat umah cikgu ni....bukan pegi umah dorang. Rasanya pasni aku nak bukak kelas masak-masak laaa....cehhh

Pastu banyak lagi yang dorang mintak ajarkan....tapi tak berkesempatan lagi dek kemalasan + kepenatan dengan keadaan sekarang ni. Cuma minggu lepas aku sempat ajar dorang masak Nasi Kerabu....itu pun sebab dorang asyik duk tanya bila nak ajar.......then dorang berpakat beli barang-barang...cuma datang umah tolong ajarkan jer...
 

Pastu ada pulak bunyi-bunyi nak suh tunjuk ajarkan buat Kek Coklat Karamel , resepi dah bagi....katanya tak menjadi macam aku buat...pulak dahhh. Nanti la kak yer.....bila rasa diri ni rajin nanti saya ajarkan. Aku pun belajar dalam tenet jer. Bukan semua menjadi...ada jer yang tak menjadi. 

Ok lah...pagi tadi sebelum anak bangun aku dah siap buatkan suami Puding Triffle , malas nak snap2 gambar...benda sama jer.


No comments:

Post a Comment