Penah makan tapi tak penah buat....so hari ni try buat la....stok daging ada dalam peti cuma takde idea nak masak....asyik goreng, singgang, masak kicap, masak merah, gulai, kari.
Sedap jugak....cuma asam pedas daging ni tak buh daun kesum....ganti nga daun limau purut.
Tengok resepi dalam tenet....lupa dah amik dalam blog sape huhuhu.....tapi tak ikut 100%....ada bahan yang tak masukkan.
Asam Pedas Daging ala Melaka
Bahan Tumis:
Beberapa biji bawang putih, bawang merah (dihiris) & sedikit halba
Bahan Kisar:
Cili kering, bawang putih, bawang merah, sedikit halia, kunyit & belacan.
Sedikit jintan putih & jintan manis ~ yang ni saya tak buh
Bahan Lain:
Daging ~ dipotong
Sedikit lengkuas & sebatang serai ~ diketuk
Beberapa helai daun limau purut
Asam keping
Garam & air
Caranya:
Tumis bahan-bahan tumis seketika, kemudian masukkan bahan kisar.
Tumis bahan-bahan tumis seketika, kemudian masukkan bahan kisar.
Masak hingga pecah minyak, masukkan daging, lengkuas, serai, asam keping, garam & air untuk kuah.
Masak hingga daging empuk dan akhir masukkan daun limau purut.
No comments:
Post a Comment