Wednesday, 9 July 2014

~ Sinki Tersumbat?

Rasanya semua orang penah alami masalah sikni tersumbat kan.....terutama wanita bergelar isteri. Nak-nak pulak sinki yang selalu diguna macam saya....tiap-tiap hari guna sinki. Mau tak tersumbat. 

Sekali sekala saya curahkan air panas yang tengah menggelegak ke lubang sinki, konon-konon nak elakkan dari tersumbat. Kadang-kadang saya jolok-jolok lubang sinki nga dawai / lidi. Yer la....biasanya yang buat siniki tersumbat ni sampah-sampah kecil & lemak minyak. 

Jadi, si suami la yang jadi mangsa tukang mengerjakan sinki bila tersumbatnya sinkiku itu. Die godek ape yang boleh die godek.....korek sampah-sampah dalam batang saluran air. Alhamdulillah menjadi.....tapi lama kelamaan masalah tersumbat tu jadi balik, normal la kan. 

So, baru terfikir nak search kat tenet cara-cara nak atasi masalah sinki tersumbat ni selain dari pertolongan si suami. Cara-cara yang mudah......

Nie...antara cara-cara mudah yang saya jumpa.....

# Keringkan sinki, kemudian ambil lebih kurang 2 - 3 genggam garam (seeloknya garam kasar) dan taburkan ke dalam lubang sinki. Tuangkan air panas secara perlahan-lahan ke dalam lubang sinki tadi. Sentiasa lakukan supaya masalah tersumbat tidak mengganggu anda............**selain garam, boleh ganti nga cuka / baking soda

ataupun 

# Bagi sinki yang dah tersumbat dan mengandungi air dalam sinki tersebut, boleh ambil lebih kurang 1 - 2 cawan garam kasar dan larutkan dalam air panas, kemudian tuangkan ke dalam lubang sinki yang tersumbat. Biar seketika dan pamkan supaya air dapat keluar. Sebolehnya ulangi sebanyak 3 kali.

ataupun

# Caranya sama dengan cara diatas, cuma gantikan garam dengan bahan peluntur seperti clorox. Tuangkan peluntur ke dalam lubang sinki dan biarkan selama sejam. Kemudian tuangkan air panas. Ada sesetengah orang guna bahan chemical / asid....tapi tak digalakkan sebab bahaya. 


Caranya lebih kurang nga cara saya dah amalkan sebelum ni, cuma saya just tuangkan air panas sahaja. Jom sama-sama kita amalkan.....


No comments:

Post a Comment