"Cukuplah Allah bagiku tempat meminta pertolongan dan sebaik-baik tempat perlindungan.
Yakinlah dengan kuasa Allah, berdoa padaNya dan meminta padaNya."
Pasal misteri kehilangan pesawat MH370 lagi.....maklumla sekarang seluruh dunia duk bercakap pasal ni. Macam-macam teori dah keluar. Kita dengar dan baca jela yer. Tuhan sedang menguji....ada hikmah disebalik semua ujianNya. Supaya kembali ingat padaNya.
Dah banyak sangat kita diuji dengan pelbagai ujian sejak akhir-akhir ni.....krisis air, jerebu, hutan terbakar, jenayah, banjir, kemarau dan macam-macam lagi. Bagaimana kita menghadapi semua ni? Jalan terbaik ialah percaya kepada Yang Maha Bekuasa....Allah swt....seperti kata Kapten Noruldin Abdul Majid (bekas juruterbang MAS) dalam perbincangan di TV3 sebentar tadi. Mustahil MH370 hilang....selain kemampuan teknologi sains yang tidak menemui apa-apa jalan setakat ni, BERUSAHALAH DENGAN CARA ISLAM iaitu melalui doa-doa orang soleh yang dekat dengan Allah swt serta ahli keluarga yang terlibat.
Mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka.
~~~~~~~~~~**********~~~~~~~~~~~
Teringat pengalaman pertama kali naik kapal terbang pada 2010 trip ke Hanoi, Vietnam. Memang berdebar-debar bila berada di atas....selagi kapal belum selamat landing...selagi tu la aku berdoa agar selamat sampai ke bumi huuuuuuuuuuuuuuuuuuu......seram gile masa kapal nak mendarat. Nanti aku nak buat satu entry la...citer pengalaman ke Vietnam....maklum la time tu aku belum ada blog...hahaha dapat satu tajuk entry.....maklumla dapat ke luar negara free pulak tu...siap dapat duit poket lagi company bagi. Ada jugak la kenangan indah masa bekerja dulu. Tapi sadisla...tak dapat ikut trip company ke Bandung, Indonesia...sebab dorang pegi time aku dah brenti. Bukan rezeki aku.....huhuhu kumpul duit sendiri In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment