Siapa Ahmad Ammar ni??.....kecoh dlm fb tajuk "Apabila Ammar Bertemu Bidadari"...siap ada video "Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013).....pastu kecoh psl remaja hilang d villa nabila...
Dari amik kisah psl bdk hilang kn sembunyi dek hantu yg ntah betul ke tidak, baik amik tau psl Ahmad Ammar ni, perasaan ingin tahu makin mmbuak2 bila ramai sahabat2 fb berkongsi video kisah beliau......tengok video kt you tube....pastu baca kisah dia yg dikongsi oleh kawan2 & kluarga arwah....baru la tau sikit2 pasal arwah... Innalillah...Al-Fatihah. Pasti ramai yg dah baca kisah arwah kan....
Subhanallah......tgok video tu...menitik air mata kala khutbah dibaca.....bagaimana jasad beliau dikapankan, dismbahyangkan sehinggalah disemadikan di bumi asing yg dihadiri ramai orang. Disemadikan di perkuburan Eyub Sultan yg mengadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 para sahabat nabi, awliya, panglima Uthmaniyyah dan org2 ternama.
Arwah meninggal akibat dilanggar oleh ambulans ketika melintas jalanraya di Istanbul. Seorang anak muda yg berjiwa besar, semoga arwah ditempatkan disyurga. Amin.
Syair Imam Syafi'e....yg tercatat dlm buku catatan arwah
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan.
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penat.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri.
Sekiranya ia mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
No comments:
Post a Comment